Blog ini akan berkaitan dengan pelbagai pengisian yang berbentuk ilmiah dan juga mengenai globalisasi dan pembangunan.
Antara perkara didalam pengisian blog ini :-
1. Kitar semula
2. Persepsi masyarakat mengenai 3R
3. Penglibatan masyarakat di dalam program kitar semula
Perkara ilmiah adalah berkaitan pengurusan sisa pepejal, seperti kitar semula, 3R, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah. Selain itu juga adalah mengenai penglibatan penduduk di dalam menguruskan sisa pepejal daripada kawasan tempat tinggal mereka. Amalan 3R yang digunakan oleh penduduk-penduduk di Malaysia. Komposisi sisa pepejal ini adalah berbeza di setiap kawasan hal ini kerana ia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya lokasi geografi, ciri-ciri penduduk, sikap masyarakat, sistem perundangan, sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang. Kajian ini akan mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap program kitar semula di mana program ini dilakukan adalah salah satu cara untuk memastikan alam sekitar adalah bersih dan tidak akan menjejaskan kehidupan penduduk setempat.
0 comments:
Post a Comment