Earth Hour


Earth Hour
akan berlangsung pada
Tarikh : 31 Mac 2012
Masa : 8.30-9.30 mlm
Tempat : di kawasan anda

apa salahnya tutup lampu selama sejam kan??jom kita sokong kempen ini...

Abstrak


ABSTRAK 

PERBANDINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI DUA JENIS PERUMAHAN 

Kajian ini dijalankan mengenai pengurusan sisa pepejal di dua jenis perumahan. Pengurusan sisa pepejal di kawasan ini diuruskan oleh Majlis Daerah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi penduduk mengenai pengurusan sisa pepejal oleh Majlis Daerah, penglibatan penduduk mengenai program kitar semula dan amalan yang digunakan oleh penduduk dikawasan berkenaan dalam mengurus sisa pepejal. Kajian ini mengunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temubual, dan kerja lapangan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penglibatan penduduk di kedua-dua kawasan adalah berbeza. Penglibatan penduduk di kawasan perumahan adalah lebih kepada program kitar semula berbanding di kawasan perumahan kastam. Hal ini terjadi adalah disebabkan beberapa faktor di mana kekangan masa oleh penduduk di setiap kawasan, sikap penduduk, dan sebagainya. Terdapat beberapa isu dalam pengurusan sisa yang dialami oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal di kedua-dua kawasan. 


ABSTRACT

This study was conducted on solid waste management in the two types ofhousing. Solid waste management in this area is managed by the District Council. This study was to identify the perceptions of residents on solid waste management by the District Council, the participation of about recycling programs and practices used by residents in the area concerned in the management of solid waste. This study uses observation, questionnaires, interviews, and field work to achieve the objectives of the study. Our studies indicate the involvement of residents in both areas are different. The involvement of residents in residential areas is more to recycling than in the residential area of customs. This happens is due to several factors in which the constraints of time by people in each area, the attitude of the people, and so forth. There are several issues in waste management caused by the responsible management of solid waste at both sites.

Tapak Empat Domain



Dewasa ini, Malaysia telah berkembang maju seiring dengan peningkatan globalisasi dan pembangunan. Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi sebuah institusi yang berdaya maju bagi memenuhi visi dan misi UMS itu sendiri. Menurut Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2012), UMS adalah universiti pertama yang mewujudkan Unit Etnografi & Pembangunan (UPEP) yang boleh diberi tanggungjawab akademik memgkategori kembali secara sistematis ilmu pengetahuan yang sedia ada lagi kaya mengenai ‘Sabah, Manusia dan Alamnya’. 

Oleh itu satu projek telah dicetuskan untuk membuat sebuah blog mengenai ilmusabah.com dengan berjudul “Sabah, Manusia dan Alamnya” di mana dengan blog ini akan menjadi simbol kejayaan dan prestasi Sekolah Sains Sosial, UMS untuk dicontohi dan menjadi petanda aras bagi sekolah sains sosial di seluruh Malaysia, bahkan di rantau ASEAN. Pembinaan blog ini masih lagi baru dan baru sahaja dibuat di mana dengan adanya blog/laman web ini secara tidak langsung maklumat yang terkandung didalam blog tersebut dapat digunakan oleh pelajar-pelajar UMS khasnya dan masyarakat di luar sana amnya. Oleh itu, pihak UMS amnya dan Sekolah Sains Sosial khususnya perlu bekerjasama di dalam menjayakan projek ini, di mana jika projek ini berjaya secara tidak langsung nama UMS akan terukir di pentas akademik kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. 

Tapak permulaan epistemologikal yang dikemukakan diberi nama sebagai “Tapak Empat Domain” ala-Braudel. Domain berkenaan ialah:- 

1) Domain kewilayahan geogratis 

2) Domain sistem masyarakat 

3) Domain sistem ekonomi 

4) Domain sistem pemikiran 

Domain kewilayahan geogratis ini UMS dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan pembinaan blog yang dibina oleh setiap pelajar adalah mengenai tesis mereka masing-masing, di mana setiap pelajar adalah mempunyai tajuk tesis yang berlainan. Oleh hal yang demikian, pelbagai blog dari pelbagai latar belakang konsep akan dihasilkan. Setiap pelajar tahun akhir ini akan memasukkan maklumat tesis mereka di dalam blog mereka. Dengan ini, maklumat lain yang mungkin berkaitan dengan tesis mereka, dapat juga dimasukkan kerana dengan kepelbagaian maklumat yang ada akan memudahkan pembaca atau orang yang ingin mencari maklumat memperolehi data dan maklumat. Oleh itu, setiap kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Geografi UMS ini dapat dikongsikan bersama dengan pelajar lain di Universiti lain dan kemungkinan kajian itu akan dapat memberikan pembandingan dengan kajian mereka. Contohnya, sebuah e-bibliografi telah disusun oleh Profesor Ghazally Ismail 2002 yang menyenaraikan sumbangan ahli sains, sains sosial dan kemanusiaan dalam berbagai projek penyelidikan perseorangan dan berkumpulan dibawah penerbitan elektronik ARBEC (ASEAN Review of Biodiversity and Environmental Conservation) termasuk yang telah dilaksanakan di Sabah. 

Domain sistem masyarakat pula UMS dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan mengetahui melalui blog yang dibina oleh pelajar mengenai kepelbagaian masyarakat di Sabah ini. Masyarakat ini tinggal di pelbagai kawasan yang membentuk komuniti, societal forms, daripada mereka yang digelar hunters and gatherers yang bermastautin di kawasan pendalaman rantau AT kepada ;head-hunters di tengah-tengah belantara konkrit di bandar-bandar. Ibnu Khaldun ke Manuel Catells telah mengajukan idea bahawa sesebuah peradaban terasas dan berkembang dengan berteraskan bandar. Oleh itu, dengan mengkaji evolusi bandar-bandar dalam sesebuah peradaban dapat membantu secara langsung usaha membina kefahaman mengenai perkembangan sesebuah peradaban. Menurut Castells, perkembangan teknologi maklumat meluaskan lagi penguasaan ciri hidup bandar ke wilayah yang jauh dari bandar atau sebaliknya. Keadaan ini telah berlaku terhadap masyarakat tani pedalaman Chiapas yang memberontak di Mexico dengan dibantu oleh kemampuan mereka menggunakan internet. Oleh hal yang demikian, dengan penggunaan internet ini pengguna-pengguna dapat mengakses dan mencari maklumat di laman sesawang ilmusabah.com mengenai masyarakat yang tinggal di Sabah dan mereka juga dapat mengetahui cara hidup dan budaya setiap etnik masyarakat di Sabah ini. 

Domain sistem ekonomi pula UMS dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan blog setiap pelajar yang berkaitan dengan ekonomi. Hal ini kerana setiap peradaban dan masyarakat bergantung kepada keadaan ekonomi, teknologi, biologikal dan demografi. Revolusi Industri telah merubah hubungan manusia dan ekonomi, agihan lebihan ekonomi sering tak seimbang dan membentuk susun lapis masyarakat. Oleh itu, dengan adanya blog/laman web ini kefahaman kita menegenai sistem ekonomi sara hidup masyarakat simpel di AT terbina kebanyakannya daripada kajian dan tulisan sejarahwan dan antropologis dapat dijadikan sebagai sumber sekunder untuk dimasukkan kedalam blog tersebut. Tetapi berdasarkan literatur yang terhimpun kini, kefahaman mengenai sistem ekonomi masyarakat kompleks di rantau AT jauh lebih mendalam dan terperinci, seperti menegenai masyarakat pada era sistem ekonomi merkantilistik ketika kuasa Imperial Eropah mendominasi dunia, sama ada Potugis, Sepanyol dan Belanda dan British. Pengaruh globalisasi mengundang cabaran baru untuk pengkaji mengenai sistem ekonomi di rantau AT yang perlu diteliti bukan dari sudut politik tetapi perubahan nilai dan norma masyarkat rantau ini yang datang bersama-sama globalisasi. Sabah dianggap sebagai sebuah negeri dalam mana masih wujud apa yang dipanggil dalam pengajian tani (peasant studies) fenomena ‘presistence peasant’ yang bermaksud sebagian besar penduduk terlibat dalam cash economy, tetapi bersifat sara diri. Ini bereti UMS masih ada ruang yang cukup luas untuk melaksanakan kajian ekonomi yang komprehensif mengenai Sabah bersama-sama badan-badan seperti IDS dan selainnya. Tetapi yang lebih penting untuk menghasilkan buku terperinci mengenai ekonomi Sabah haruslah diketuai oleh ahli ekonomi daripada UMS. 

Domain sistem pemikiran pula UMS dapat mengangkat ilmu dan maklumat dengan melalui pembinaan blog adalah dengan merujuk sistem pemikiran dalam sesuatu peradaban diambil daripada tiga sudut : i) kosmologi & spiritualiti – iaitu mengenai dunia atau kosmos yang dominan dan minoriti yang mengesankan kehidupan masyarakat, ii) tradisi intelektual – iaitu kefahaman kosmologi dan spiritualiti berkenaan ditafsir lanjut dari sudut teologi dan falsafah serta diperhalusi dalam kesusasteraan dan tradisi lisan lalu membentuk tradisi intelektual yang memberi indentiti kepada sistem pemikiran peradaban, iii) aturan sosial – kefahaman kosmologi dan spiritualiti yang diperhalus dalam acuan tradisi intelektual sering menajdi landasan pembentukan institsi yang dominan dalam aturan sosial sesuatu peradaban, termasuk kerangka governans dan pengurusan masyarakat. Oleh itu, di rantau AT menunjukkan bahawa rata-rata wujud hubungan erat anatara pemikiran di rantau ini dengan faktor kosmologi dan spiritualiti dengan pengalaman di bawah pengaruh beberapa agama. Sistem pemikiran penduduk di rantau ini dipengaruhi oleh kehadiran pemerintahan kolonial Eropah juga penting dikupas dan fahami kerana ianya telah memeperkayakan banyak aspek dalam sistem pemikiran ini. Daqlam konteks Sabah, penerokaan yang mendalam mengenai sistem kepercayaan pribumi dan juga pertembungannya dengan agama-agama besar dunia, seperti Kristian dan Islam memerlukan penelitian yang jauh lebih mendalam lagi serius daripada yang wujud kini.

Amalan 3R Di Rumah





Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.



Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya. 


Reduce – Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.


Reuse – Guna Semula
Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.



Recycle – Kitar Semula

1 Kitar semula di rumah:

Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.


Mengitar semula di laman anda:

Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.


Mengitar semula di sesebuah komuniti:

Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...